December 13, 2010

Laman Web Kereta

Baru-baru ini terdapat banyak laman web yang baru dibina bertujuan sebagai pasaran di mana pengguna mengakses sesebuah laman web untuk mencari barangan yang hendak dibeli dan penjual pula mengiklankan barangan dengan menggunakan laman web sebagai strategi pemasaran terbaru. Dengan cara ini lebih banyak orang yang akan mengetahui tentang barangan yang dijual itu dan ia dapat dijual beli dengan lebih mudah. Bagi pengangkutan seperti kereta yang memerlukan seseorang untuk membandingkan harga dan melihat-lihat kereta yang berada di pasaran, penggunaan laman web kereta contohnya seperti Carsifu.my amat memudahkan.


           
Di Carsifu.my, pengguna tidak perlu mendaftar sebagai ahli sekiranya anda tidak ingin memasukkan sebarang iklan menjual kereta. Bagi saya, ini lebih memudahkan pengguna kerana mereka mendapat akses penuh tentang kereta yang ingin dimiliki hanya dengan mengakses kepada profil kereta yang diiklankan di laman web tersebut. Sehingga sekarang, terdapat 1494 buah kereta yang sedia untuk dijual dari jenis Mercedes Benz, BMW, Audi, Ford, Naza, Proton, Perodua dan lain-lain. Semua iklan di laman web tersebut dimuatnaik sendiri daripada tuan punya kereta yang ingin menjual kenderaan mereka sendiri ataupun dealer kereta daripada syarikat berdaftar jadi semua maklumat tentang kereta yang diiklankan ada dicatatkan di setiap profil kereta seperti gambar kereta, spesifikasi kereta, tahun dan maklumat tentang penjual.
           
 Bagi pengedar kereta dan yang mahu menjual kereta pula, anda boleh mendaftar sebagai ahli Carsifu.my dengan beberapa klik sahaja dan anda akan mendapat page personal sebagai platform pemasaran anda.


Setelah mendaftar, anda akan mendapat page personal seperti ini secara percuma! 
Page ini memudahkan anda untuk memastikan berapa kereta yang telah anda iklankan dan juga bertujuan untuk memudahkan anda menyemak balik iklan kereta-kereta yang anda telah "bookmark" bagi memudahkan proses perbandingan.

Dengan teknologi yang memudahkan kita, kenapa tidak mencari kereta secara online di laman web kereta sahaja? Klik kepada link Carsifu.my yang telah disediakan itu dan mula mencari kereta mengikut budget anda sekarang!

2 comments:

.iN. said...

Fuhyoo . senang ahh cam ni .

Plant for the Earth said...

Senang enn. pg cari kereta sekarang!

Interactionist