January 23, 2011

Propwall!

            Dengan kelajuan internet yang ada sekarang, kenapa perlu keluar kalau anda boleh cari hamper semua benda dengan beberapa klik online? Jika dulu I wrote about Carsifu, sekarang saya akan berkongsi satu lagi laman web which I had stumbled upon recently. Laman web yang dimaksudkan ialah “Propwall”


      Perkara pertama yang saya perasan tentang laman web ini ialah bagaimana ia menggunakan background berwarna putih dengan design yang tidak terlampau serabut berwarna biru. Bagi saya, ia amat memudahkan pengunjung laman web untuk melihat dengan jelas segala maklumat yang dipaparkan di laman web ini. Yang kedua, cara maklumat disusun bagi memudahkan pengunjung melihat dengan jelas juga adalah sangat teratur. Lihat saja pada Home page Propwall, ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Top properties, Most Wanted Properties, Hot for Sale, Hot for Rent dan lain-lain lagi. Bagi yang mahu mencari rumah mengikut kawasan juga, pilihan-pilihan kawasan disediakan bagi memudahkan anda memilih rumah idaman anda.
  
           Selain itu, bagi mereka yang teragak-agak hendak membuat keputusan boleh mendapatkan jawapan mereka dengan mengemukakan soalan mereka di bahagian Answers. Di situ, khidmat nasihat diberikan secara percuma oleh pakar hartanah di Propwall. 

            Bagi yang sudah membuat keputusan rumah mana yang mengikut citarasa anda tetapi pening hendak mengira jumlah yang perlu dibayar dan lain-lain, laman web ini menyediakan mortgage calculator bagi memudahkan pengiraan! Seperti laman web yang lain, selain mencari hartanah, anda juga boleh memilih untuk mengiklankan hartanah anda. Ini semua boleh dibuat secara percuma die Propwall.


            Laman web ini dikatakan laman web hartanah yang terbesar dan mempunyai lebih 2000 artikel tentang analisis hartanah dan lebih 80,000 gambar-gambar hartanah yang berkualiti tinggi. Jika anda salah seorang yang sedang mencari hartanah, klik saja link di atas dan mulakan pencarian anda!

No comments:

Interactionist